~Akhlak Nabi Berlandaskan Al-Quran~

Assalamualaikum w.b.t...

Sape nak update software iman jom sama2 baca..wee~ ye la..di samping mengenali peribadi junjungan kita nabi Muhammad SAW yang berlandaskan al-Quran..

Akhlak Rasulullah adalah al-Quran..hebat bukan? :) Rasulullah SAW telah dididik oleh Allah sendiri dengan al-Quran..Rasulullah SAW juga selalu berdoa :


''Ya Allah, cantikkanlah tubuh badanku & budi pekertiku.." (diriwayatkan oleh Ahmad)

"Ya Allah, jauhkanlah diriku dari akhlak-akhlak yang buruk.." (diriwayatkan oleh Tirmidzi & Hakim)


Allah mengabulkan permintaan beliau..sesuai dengan surah Mukmin ayat 60..

"Berdoalah kamu semua kepadaKu, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu."


Hurm..jom baca sama2 peribadi seorang insan junjungan yang sememangnya diakui hebat sepanjang zaman! :p

1. Suka memaafkan, mengajak kpd kebaikan, & xmelayani sikap buruk dr orang yang bodoh @ xmengetahui..

Allah berfirman dlm surah Al-A'raf : 199.. "Terimalah apa yang mudah engkau lakukan , suruhlah dgn perkara yg baik,

serta berpalinglah (jgn hiraukan) orang2 yang jahil lagi degil dengan kejahilannya."


2. Melaksanakan keadilan, berbuat baik, memberi bantuan serta melarang dari perkara yang keji, kemungkaran &

kederhakaan..

Allah berfirman dlm surah An-Nahl : 90.. "Sesungguhnya Allah memerintah berlaku adil, berbuat kebaikan

serta memberi bantuan kepada kaum kerabat & melarang daripada perbuatan keji & mungkar serta kezaliman."


3. Selalu bersikap sabar..

Allah berfirman dlm surah Luqman : 17.."Dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu.

Sesungguhnya yang demikian itu adalah dariperkara2 yang dikehendaki diambil berat melakukannya."


4. Memberi kemaafan & kelonggaran pada orang yang bersalah..

Allah berfirman dlm surah Al-Ma'idah : 13.. " Oleh itu, maafkanlah mereka jika mereka sedia bertaubat & janganlah

dihiraukan, kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang2 yang berusaha supaya baik amalannya."

5. Menolak kejahatan dengan cara yang sebaik-baiknya..

Allah berfirman dlm surah Fussilat : 34.. " Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik,

apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta

akan seolah-olah seorang sahabat baik."


6. Menahan kemarahan & memaafkan orang lain..

Allah berfirman dlm surah Ali Imran : 134.. "Dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang

yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang2 yang berbuat perkara2 yang baik."

Saling memaafi..

7. Jangan berburuk sangka, tidak mengintip keburukan orang & jangan mengumpat..

Allah berfirman dlm surah Al-Hujurat : 12.. " Wahai orang2 beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya

kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa."


Demikianlah sebahagian kecil sahaja peribadi unggul yang dapat dicoretkan kat sini..Masih banyak lagi ayat2 cinta dariNya yang penuh dengan didikan terhadap Rasulullah & umatnya.. Tidak terhitung di sini..

Akhir kalam, selamat mengikuti peribadi Rasulullah di atas (mengingatkan diri sendiri gak nih sebab bukan baik sgt (aka jahat ke?memang pum..ngee~) cuma nak sgt jd baik!huhu~ Membangun bersama Islam..Wassalam..

Rujukan : Ihya' Ulumuddin

Wallahu'alam...

Comments

Popular Posts