~Mencari hati mendamba Ilahi~

Bismillahirrahmaanirrahiim..
Assalamu'alaikum wbt..
Apa kau pernah fikirkan, tentang seorang da'ei yang
dilahirkan dalam sebuah keluarga yang konflik?
bagaimana jiwanya, bagaimana sikapnya, bagaimana tarbiyyahnya,
pernah?
tidak semua orang beruntung dibentuk dari keluarga dan bia'h yang soleh,kau tahu.
Pena telah diangkat. dan dakwat pun telah mengering.

Setelah pena diangkat dan dakwat pun telah mengering..

Hatiku mula terasa sayu..sebak..

Kata-kata di atas dari salah seorang sahabatku, kak fiqa..

Sungguh! Tulisanmu meresapi nuraniku.

Ya, tidak semua orang beruntung. Dilahirkan di dalam keluarga yang penuh konflik..

dan suasana sekeliling yang bagaikan kabus, mengaburi personaliti, mengubah persepsi.

Apabila terbaca coretan itu, hatiku memanggil.. membanding-bandingkan situasi diri dengan apa yang digambarkan. Hasilnya? Biarlah antara aku & Dia yang mengetahuinya. Tidak perlu diungkap di sini, bukan?

Jadi, pointnya..apa? Apa yang kau nak cuba sampaikan sekarang ni?

Bersyukurlah! Hanya perkataan itu.

Tidak semua bisa mengenal tuhan.

Tidak semua bisa mendapat hidayah dari Allah.

Tidak semua diberi kekuatan untuk meraih cinta-Nya.

Tidak semua. Tidak semua..

Untuk meraih hidayah & taufik itu perlu dicari, bukan? Bagaimana?

Tanya hatimu..pasti ia lebih tahu. Andai hati itu bersih untuk menilai.

Nikmat hidup bertuhan (dengan ikhlas) ini bukan semua merasainya. Nikmat ini hanya untuk mereka yang terpilih.Mungkinkah aku? Mungkinkah kamu?Apa..mungkinkah?

Lalu mereka yang tersasar jauh itu bagaimana? (Mereka itu mungkin juga aku..dan mungkin juga kamu,bukan?)

Mereka itu bagaikan 'kertas kerja' kita.

Yang perlu dilaksanakan. Itu tugas kita, seorang da'ei, wahai diriku..

Apa jua keadaan kita :

dilahirkan dalam keluarga yang penuh konflik?

tidak berada di dalam suasana yang soleh?

masih mencari-cari tuhan?

belum mengenal identiti diri sebagai hamba Allah?

Yang aku pasti... Kuatkan hatimu. Teguhkan keyakinanmu pada yang hanya satu. Teruskan mencari tuhanmu. Kerana ku pasti andai pencarianmu itu benar, kau akan dapat petunjuk-Nya.

Engkau dilahirkan dalam keluarga yang penuh konflik? Lalu mengapa tidak kau bimbing mereka ahli keluargamu?dan engkau juga bakal menjadi seorang ketua keluarga, suami mahupun seorang isteri..ciptalah keluarga yang penuh sakinah. suasana soleh yang kau dambakan itu.

Ah..itu tidak mudah! Kau fikir senang?!

Lalu apa yang mudah? Tanya imanmu, wahai diriku..

p/s : Muhasabah diri wahai hati! Kak Fiqa..terima kasih ukhtiy. Ukhtiy banyak mengajar ana tentang kehidupan.

Sekian dariku.

Assalamu'alaikum wbt..



Comments

Infiru said…
salam

buat adik :') jzkk syg, syukron.

entah tiba2 semalam terasa sayu benar ramadhan yg bakal meninggalkan tak lama lagi.

dan juga keadaan diri yg masih juga belum berubah :'( mencari kekuatan untuk mengubah keluarga kita bukan senang.

susah.

'konflik'

perkataan kunci di situ. ramai orang banyak persepsi tersendiri.

inshaAllah, moga moga Allah teguhkan langkah kaki di jalan ini :')

jzkk sekali lagi adik! moga Allah berkati awak :)
ana_liyana said…
Wa'alaikumussalam kakak.. :') 'afwan..

Benar kak, ramadhan mulai berlalu pergi..ana masih juga alpa, kak.. :'(

"konflik"..kak, ana mungkin merasai apa yang kakak lalui, tapi mungkin tidak sekuat dugaan akak.. ;'( kak fiqa jangan sedih-sedih, ana pun rasa sedih nanti. Ana tahu kakak ana muslimah kuat! Ameen.. moga Allah permudahkan segala urusan kak fiqa, insyaAllah.. uhibbuki fillah<3

Popular Posts