~Passport Rasulullah SAW??~

Assalamualaikum w.b.t..http://matcuoi.com
Ai ai kapten! Spongebob squarepants!*apa kes plak nih ngan sponge2 masok lam ini cerita.. Terpengaruh ngan cik Taniameow la ni! ;) Err.. Kaifa halukum? Huu~ Ana baik-baik aje, Alhamdulillah!
Oke readers, ini hari..ana mau cerita tentang passport Rasulullah SAW. Aiyark?? Rasulullah SAW pun ada passport ka? Er..jangan tatao..hehehe..
PASSPORT RASULULLAH SAW

Bukanlah! Zaman Rasulullah SAW mana ada lagi passport cam kita.. *Cam KITA? Ehhe~ Ana blom ada passport lagi..kui3 Cuma passport yang kita sedang bicarakan nih adalah ilham dari Dr Wan Hassan & Dr Mohd Khalil..Yup! Yang jadi tetamu jemputan dalam rancangan al-Kulliyyah pukul 5 ptg Jumaat yang lepas tuh! Remember? Ingat tak? Hee~

First time ana dengar tajuk passport Rasulullah SAW tu, memang pelik jugak. Tertanya-tanya.. Tapi lepas tengok passport Rasulullah SAW yang ditunjuk oleh Ustaz Fauzi, rupa-rupanya bentuknya hampir sama dengan passport biasa Cuma saiznya agak besar sket la.. Biaselah! Kena special sket..hehehe~ Ustaz Fauzi yang cakap! Erm..pada pendapat ana, passport Rasulullah SAW yang diilhamkan oleh mereka ni macam buku kecil tapi dalam bentuk passport.

Macam mana bole keluar idea untuk buat passport Rasulullah SAW ni ya? Haa..jawab Dr Wan Hassan, beliau selalu ditanya oleh anak-anaknya tentang baginda SAW . Nampak macam hal-hal yang mudah, tapi ramai antara kita tidak tahu ingin menjawabnya dengan betul, kan? Kan? Kan?

Contohnya *kalo tak silap ana..ana pum ingat2 lupa gak ni..hee~* anaknya pernah bertanya kepadanya : Saidatina Aisyah tu, isteri keberapa? Beliau ingat Saidatina Aisyah tu isteri yang kedua, rupa-rupanya Saidatina Aisyah merupakan isteri ketiga.
Haa..sape tao nama keldai kesayangan Rasulullah SAW? Adess..ana pum ta sempat tulis ae tu..hehehe.. ad-Dur ke..eh! lupa! Lupa! Abaikan apa yang ana tulis..huu~ camnilah..lupa aje kejenya.. *garu-garu kepala.http://matcuoi.com.
Lebih kurang camtulah ceritanya. Kadang-kadang kita kurang ambik tao benda-benda camni. Terlepas pandang kut..ehhe~ Contoh terdekat ana, hihihi.. *ana pum ingat Saidatina Aisyah tu isteri kedua Rasulullah SAW..huhuh!

Oke, buku ini sebenarnya mengenai biodata Rasulullah SAW.. Sangat sesuai untuk kanak-kanak .. Yang bukan kanak-kanak pum bole..ahaks! Mungkin pengolahannya yang lebih ringkas kut..er..ringkas ke? Entahla..ana pum tatao sebab ana hanya tengok sekilas gitu aje dalam tv.. Dr Mohd Khalil jugak ada menyatakan bahawa dalam buku kecil nih, terdapat bagaimana cara baginda SAW mendidik isteri-isteri baginda sehingga kesemuanya isteri baginda menjadi muslimah penghuni syurga. Muslimah solehah yang benar-benar confirm masok syurga! Waa..best kan? Kan? Kan?

Bagaimana buku kecil nih boleh membantu pendidikan kanak2? Hurm..bila baca buku nih, mungkin kanak-kanak akan menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola dan ikon remaja-remaja sekarang kerana apa yang dibawa baginda adalah akhlak dan ajaran Islam yang paling seimbang dan sempurna. Yup, lebih baik jadikan nabi Muhammad SAW senagai idola daripada jadikan Justin Bieber sebagai idola mereka. Lebih baik mereka mempunyai buku kecil yang berkisarkan biodata nabi Muhammad SAW daripada mereka ditemani majalah2 Lady Gagah tak gagah tu..huu~
Perilaku mulia baginda juga turut diketengahkan dalam buku kecil ni.. Dr Wan Hassan cakap, pegang gelas pun ada caranya tau! Camni pegang gelas.. Hee~ Ana tengah tunjukkan cara2nya nih, Nampak tak? Ya Allah! Huish! Bahayanya!! Kalo ta nampak tu maknanya…normal lah! Alhamdulillah..Teruk jugak kalo nampak nih, ana pum tatao nak cakap apa kalo bole nampak… kuikuikui… Cara pegang gelas dengan tangan kanan, tapi bahagian atas tangan kiri tu, letak bawah gelas.. Kalo rasa panas kat bawah gelas tu maknanya something wrong somewhere.. Mungkin ada racun ke apa ke..Aaa..tu nenek dr yang cakap..kui3~ Hurm, kalo minum air panas? Huuu~ memang panas dari atas ke bawah la kan? Hee~ Yang tu ana ta pandai nak jawab, jangan tanya ana oke! Hehehe..

Haa..dalam buku nih jugak ada pelan rumah Rasulullah SAW.. Waah.. Baru kali ni ana dengar tentang pelan rumah Rasulullah SAW. Tahu tak bahawa susunan dalam pelan rumah Rasulullah SAW dapat mententeramkan seisi rumah? Ada yang dah buat cara baginda buat, ternyata memang dapat tenteramkan seisi rumah. Subhanallah.. rupa-rupanya kedudukan bilik setiap isteri baginda ada hikmahnya! Kalo macam ni, kita bole contohi pelan rumah Rasulullah SAW la ni.. Misalnya bilik anak yang paling tua sampailah bilik anak yang bongsu. Lawan arah jam.. Er camane nak jelaskan kat sini ya? Haa..nampaknya kena beli la ni..hahaha~ *iklankah ini? Wuu~ no komen..no komen..wawawa~ Kalo rasa nak beli, belilah ya!
*Err,,nape ana rasa macam tetiba aje jadik ejen plak ya? Tadelah..bukan ejen ..hehehe~ Ta bleh! Ta bleh! I’m still a budak la! Hohoho…
Oke, bagi sape yang nak beli kalo ta jumpa kat kedai-kedai buku ke, anda bole tepon num nih ya!Kalo nak jadi ejen pum bole! Nasib baik sempat salin num telefon Dr Wan Hassan.. *Wat gadis2..jangan nak gatei no..Dr Wan Hassan da kawen..hahah~ K, kat bawah ada num dr..
Dr Wan Hassan : 012-6312010
Tentang harga tu kalo tak silap pendengaran ana RM29.30.. Maafla kalo silap info ya.. Tolong perbetulkan harga sebenarnya kalo ana salah.. Kalo nak lebih pasti, tepon dr sendiri..hehe~
Haa..akhir kalam, in sya’Allah akan ada passport Khulafa’ ar-Rasyidin pula. Moga dr berdua teruskan usaha untuk menyebarkan ilmu dalam kalangan umat Islam. Semoga Allah memberkati kalian atas usaha ni, ameen!



Oke, stakat ni dulu lah ya!.Hehe..lain kali kalo ade masa ana tulis entri lagi..wee~ Membangun bersama Islam Salam Ukhuwwah fillah dari ana..
Wallahu'alam.. Wassalam..http://matcuoi.com

Comments

Popular Posts