~Cintailah Dalam Diam..~

Assalamu'alaikum wbt..

CINTAILAH DALAM DIAM..

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai dia dalam diam..

kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...


kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,


kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..


kerana diammu...


itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu..

menghindarkan dirimu dari hal- hal yang akan merosak izzah dan iffahmu..

kerana diammu...


itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya..

kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT pilihkan untukmu...


ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?


yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...

tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah
sahabat...

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan..


kekuatan harapan...

hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata...


bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?


dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,


biarkan ia tetap diam...


kerana...


jika dia memang bukan milikmu, dengan izin Allah ,

melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat untukmu...


biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...


kerana yakinlah...


Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari..


bersabarlah dalam diammu...


Huhu..apa macam? Yang ni ana ambil dari salah seorang sahabat kat facebook. Credit to her! Nak luahkan @ tak nih? Mungkin ada antara kita pernah mengalami situasi ni, kan? Hurm..pendapat ana, *cuma pendapat aje..hee~* cinta itu fitrah, jangan jadikan ia fitnah..Tahan lebih baik, kan? Kita sucikan hati dengan pelbagai amalan sunat, insyaAllah boleh tahan! Sibukkan diri berukhuwwah dengan insan yang sejantina.. *Masih dalam proses mencari ramai sahabat sejantina yang solehah untuk sama-sama saling menguatkan!
http://matcuoi.com

Tak nak la kalau-kalau terjebak dalam cinta terlarang ni, nauzubillah min zalik! Sebab cinta kepada-Nya pun tak lepas lagi.. Teringat buku yang bertajuk 'Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul' karangan Fatimah Syarha Mohd Noordin! *Ana suka baca buku-buku karangan dia! Sangat best sebab dia menerapkan unsur-unsur Islam di dalam penulisannya! Realiti hidup berlandaskan agama yang satu- ISLAM FOREVER - biiznillah!

Dalam buku tu, ana ada terbaca sebuah hadis, sabda Rasulullah SAW,

"Sesiapa yang jatuh cinta, lalu dia memelihara kesucian dirinya dan bersabar hingga meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang syahid." "Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid." (Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami & lain-lain)

Waah! Dikira syahid! Banyak kelebihan orang yang mati syahid ni..huhu~ Ta terliur dengan tawaran tu? erkk.. Dalam buku tu juga ada tips untuk menepis cinta remaja.(yang banyak melalaikan..huhu~) Ana teringin nak kongsikan kat sini.. Okeh jum baca!

Tips menepis cinta remaja..http://matcuoi.com

1. Tegas dengan prinsip diri. ( Contohnya jadilah macam ikan kat laut. Ta masin dek air laut yang masin. Maintain tawar aje.. :) . Lagi satu, kalau kita tengok orang kapel ke, cuba tanamkan azam dalam hati tak nak buat camtu. InsyaAllah! Kita nak jaga hati kita, kan? Sebab tu, no couple before akad.. ;) *pandangan ana. Kalau ta setuju suka hati..hehe~

2. Meletakkan misi yang jelas dalam hidup. ( Sebagai manusia, sebagai seorang pelajar, sebagai seorang anak, sebagai seorang hamba Allah, kita punya banyak tuntutan yang memerlukan komitmen yang tinggi. Letakkan misi yang jelas dalam hidup macam Khazinatul Asrar..heheh! *Watak dalam novel karangan Fatimah Syarha, SEINDAH MAWAR BERDURI..bacalah! Terbaik! ;) )

3. Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh. (Kita adalah dengan siapa kita bersahabat. We are the mirror of our friends.. Jadi soleh, insyaAllah dapat sahabat yang soleh juga.. :) )

4. Mengekang hawa nafsu. (Jangan biarkan nafsu menguasai hati. Kita punya iman, biarlah iman itu mengambil alih kerajaan hati, oke?ngee~ )

5. Mendekati majlis-majlis ilmu. (Contohnya kita boleh berhalaqah sesama ya! Tapi untuk yang sama jantina aje..huhu~ Kongsi ilmu untuk tingkatkan iman dan amal.. ;) InsyaAllah! )

6. Menyibukkan diri dengan hobi dan minat. (Minat yang berfaedah aje! hehe~ Contoh paling senang, sebarkan dakwah melalui blogging..kuikuikui~ Pelaburan yang insyaAllah takkan rugi.. :) )

7. Akrab dengan Allah dalam ibadah & kehidupan. (Kita hidup untuk Allah, kan? Huh..alangkah tak bersyukurnya kalau kita balas segala nikmat yang Allah kurniakan dengan perkara-perkara maksiat..*peringatan untuk diri sendiri..* Allah akrab dengan kita bilakita rasa Allah tu dekat dengan kita.. Ya Allah, berikan hamba-Mu ini petunjuk & hidayah. Jangan palingkan hati hamba-Mu ini setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepada hamba-Mu ini..ameen.)

Ana harap ada yang boleh diambil untuk manfaat kita bersama..http://matcuoi.com


Wallahu'alam, wassalam..


Comments

Popular Posts