'Sebenarnya.. ana kasih enti.' - Melur Putih

Assalamu'alaikum wbt.

Bismillah.


Alya memandang kosong tasik indah di hadapannya. Diambil batuan kecil. Dilontar perlahan ke dalam air tasik tersebut. Berkocak. Ikan-ikan mula pergi. Hatinya terasa bersalah. 'Maafkan aku, ikan.'


Tidak lama. Dia mengambil sebuah buku nota. Bersama pasangan setianya, sebatang pen murah. Ingin mencatat sesuatu.


***

Andai punya sesuatu dari kisah ini.
Yang bisa kau ambil buat ibrah diri.

Doakan aku.


Biar saat aku pulang.


Ada Dia. 


Yang bisa aku lihat 'senyuman'-Nya.


***

'Ana sayang enti. Kerana Allah.'

Teman. 

Aku baru sahaja mengenalimu. 
Tapi sayangku padamu sudah melimpah. 

Satu hari.

Sikapmu mula berubah.
Bila ku selidiki akarnya.

Ternyata.


Ada hal yang membuatmu dingin denganku,

Kau menjauhkan dirimu daripadaku.
Kau mula berani.
Membuat luka-luka kecil di dalam hatiku.
Sehingga aku berfikir.
Wajarkah semua itu kau lakukan kerana cemburumu terhadapku?

Teman.

Aku tidak membencimu.
Dan aku takkan pernah membencimu.
Kerana nabi kita tidak pernah mengajar membenci.
Baginda yang mulia mengajar mengasihi.
Supaya diri dikasihi.
Baginda yang mulia mengajar menyayangi.
Supaya diri disayangi.

Sungguh.

Tulus. Jujur di dalam hatiku.

Sekali aku menyayangimu kerana Allah.

Selamanya ia kerana Allah.

Sekali engkau hadir di dalam hidupku.

Memberi sinar walau cuma sebentar.
Aku akan ikat hatimu dengan hatiku.
Agar kita sama-sama bisa bergandingan ke syurga.

Teman.

Aku tidak punya apa-apa.
Untuk membuatmu cemburu.
Nikmat itu cuma sebentar.
Pinjaman dari Dia.

Aku cuma punya Allah.

Dalam hatiku.
Tiada selain-Nya.
Kerana jasad dan ruhku hanya untuk Dia.

Tiada yang kekal di dunia ini.

Kecemburuanmu tiada tapak. Tiada asasnya.
Hilangkan segera.

Agar pahala kita tidak hangus.

Menjadi debu-debu dosa.

Ketahuilah, teman.

Sebetulnya aku sudah memaafkan.
Maafkan juga diriku andai menyakitimu dalam senyap.
Menzalimimu dalam diam.

Sekali aku sayang.

Aku akan tetap sayang.

Hingga hembusan terakhir nafasku.


***

Tutup buku.

Moga ada redha Dia.


#notamelurputih


Kasihilah manusia kerana yang Esa. Ia takkan sia-sia.

Kasihilah manusia tanpa batasan. Ia menjemput kasih Tuhan.

Ya Rahman.

Penuhkan hati kami.

Dengan cinta.





Comments

Popular Posts